SEJARAH



Bangunan setingkat prasekolah ini siap dibina pada tahun 2004 dan kelas bermula pada tahun berikutnya dengan bilangan murid seramai 25 orang. Meskipun kedudukannya agak jauh dengan bangunan induk Sekolah Kebangsaan Panchor, keistimewaan itu dimanfaatkan oleh warga Prasekolah SK Panchor untuk melakukan pelbagai kegiatan tanpa berasa bimbang mengganggu pelajar lain.

Prasekolah Permata adalah kelas pertama diwujudkan dan diselia oleh Cikgu Norjulie Juana bersama pembantu sambilan pada tahun 2005. Pada tahun 2008, beliau ditukarkan ke sekolah lain dan tempatnya diganti oleh Cikgu Nozie Edlyza Hamdan yang baru memulakan tugas sebagai guru lepasan Institut Perguruan Islam Selangor  selepas menamatkan pengajian dalam bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah – Prasekolah ( KPLI ). Pada tahun 2012, Cikgu Nozie Edlyza berpindah ke bangunan prasekolah baru dan tempatnya diganti oleh Cikgu Siti Khatijah bersama pembantu pengurusan murid baru.

             Prasekolah Sinar adalah kelas kedua diwujudkan  pada tahun 2006 dan diseliakan oleh Cikgu Byzura Sa’aidi. Beliau memulakan kerjayanya sebagai guru lepasan Maktab Perguruan Ilmu Khas pada 1990 dan menyambung pelajaran diperingkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak ( UM ) pada tahun 2000. Pada bulan Oktober tahun 2011, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru ( Unit Kualiti ),  Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya dan tempatnya diganti oleh guru baru bersama pembantu pengurusan murid iaitu Zurinaquiah Ibrahim. Pn. Zurinaquiah telah berpindah ke SK Ampangan pada akhir bulan Jun 2012 dan tempatnya diganti oleh Pn. Rosnah Abu Hassan.

              Prasekolah Ceria pula adalah kelas ketiga diwujudkan pada tahun 2012  bertempat di sebuah bangunan baru merupakan perluasan prasekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan diselia oleh Cikgu Nozie Edlyza Hamdan bersama pembantu pengurusan murid Suriani Mat Ail. Ini sekali gus menjadikan Prasekolah SK Panchor mempunyai 2 bangunan prasekolah,  3 kelas prasekolah , tiga guru iaitu Cikgu Nozie Edlyza, Cikgu Siti Khatijah dan seorang guru baru dan tiga pembantu pengurusan murid (PPM) iaitu Suriani Mat Ail, Rosnah Abu Hassan dan PPM baru.

           Prasekolah ini sangat bertuah kerana Guru Besar SK Panchor sekarang, Siti Fatimah Ya’acob dan guru besar terdahulu, Fausiah Mohd Nor serta guru-guru Penolong Kanan sentiasa memberi sokongan kepada guru di prasekolah dan tidak lokek menghulurkan bantuan. Kementerian Pelajaran turut memberi bantuan dalam bentuk perabot dan kompuer manakala barangan lain seperti alatan bantuan mengajar dan meja makan disediakan oleh pihak sekolah. Prasekolah juga ini turut mendapat bantuan dan sokongan daripada guru-guru sekolah rendah dan Jawatankuasa Permuafakatan Waris yang terdiri daripada ibu bapa murid untuk keceriaan prasekolah.