PORTAL RASMI PRASEKOLAH PANCHOR



Makluman Terkini: Taklimat Dan Pendaftaran Prasekolah Tahun 2014 akan diadakan pada 26 November 2013(Selasa)...surat pemberitahuan telah diedarkan :: Permohonan baru ke Prasekolah SK Panchor masih lagi dibuka.....Terima Kasih


:: KELAS PRASEKOLAH CERIA::       ::KELAS PRASEKOLAH PERMATA & SINAR::













Alamat Kami:

Sekolah Kebangsaan Panchor
Jalan Kuala Pilah
70400 Seremban

MAJLIS HARI GRADUASI PRASEKOLAH SK PANCHOR 2012

Salam 1 Malaysia.. Alhamdulillah, akhirnya majlis graduasi murid prasekolah SK Panchor yang pertama kali diadakan sendiri tanpa bersama dengan tahun 6 berlangsung pada 31 Oktober 2012  ( Rabu ) berjalan dengan lancar. Semua persembahan dapat dijalankan dengan sempurna. Murid-murid juga kelihatan sangat gembira apabila disarungkan jubah untuk naik ke atas pentas bagi mengambil sijil tamat prasekolah tahun 2012. Syabas dan tahniah kepada murid yang telah mencapai kecemerlangan mengikut 5 kategori Terbaik iaitu Akademik Terbaik, Kreativiti Terbaik, Lonjakan Saujana Terbaik, Sahsiah terbaik dan Kehadiran Terbaik. Tahniah para graduan prasekolah permata dan sinar.

Majlis ini dirasmikan oleh Puan Norrihan binti Mohamad, Penolong Pegawai Prasekolah, PPD Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Perarakan masuk dewan diiringi oleh kumpulan Caklempong SK Panchor.


Murid Prasekolah Cemerlang SK Panchor - Hari Graduasi Prasekolah SK Panchor

5 Kategori Murid Prasekolah Cemerlang telah di anugerahkan pada Majlis Hari Graduasi Prasekolah SK Panchor 2012. Tahniah adik-adik. Semoga terus maju jaya di masa akan datang.

1. Akademik Terbaik
Adik Muhammad Danish Aiman Bin Abdullah
Adik Nur Nabihah Najwa Binti Muhazam

2. Kreativiti Terbaik
Adik Nur Dania Ireena Binti Zaitolakmal
Adik Nur Adryna Alya Binti Rohaizam
3. Lonjakan Saujana Terbaik
Adik Nur Aleeya Husna Binti Mohd Bakhtiar
Adik Ahmad Ahsan Bin Selamat
4. Sahsiah Terbaik
Adik Farah Ainaa Nabilah Binti Arifin
Adik Isqandar Bin Yussam
5. Kehadiran Terbaik
Adik Nur Zamierah Binti Zamri
Adik Zamzurina Binti Ahmad Zaid




WARIS TERBILANG PRASEKOLAH SK PANCHOR

Pada majlis Graduasi Prasekolah 2012.. Penghargaan diberikan kepada waris yang telah memberi komitmen yang tinggi pada prasekolah. Kategori waris terbilang disempurnakan dengan memberi hadiah dan sijil penghargaan kepada Pn. Khasnita dari kelas permata dan Pn Hasnah dari kelas sinar. Tidak lupa juga kepada En. Kamaruddin sebagai Pengerusi Permuafakatan Waris Prasekolah Tahun 2012 turut menerima sijil penghargaan daripada pihak sekolah. Tahniah diucapkan kepada waris ini. Jasamu dikenang.

Pn. Khasnita ( Waris Terbilang Kelas Prasekolah Permata )
Pn. Hasnah ( Waris Terbilang Kelas Prasekolah Sinar )
En. Kamaruddin ( Pengerusi Permuafakatan Waris Prasekolah SK Panchor )

JAWATANKUASA KERJA HARI GRADUASI PRASEKOLAH SK PANCHOR 2012

Salam 1 Malaysia..
Alhamdulillah...selesai sudah majlis hari graduasi kami warga prasekolah. Terima kasih tidak terhingga kepada Guru Besar Cemerlang SK Panchor, Guru-Guru Penolong Kanan, Guru-Guru, PPM Prasekolah, AJK waris prasekolah dan Pekerja Swasta Sekolah yang telah menjayakan Majlis Hari  Graduasi Prasekolah Tahun 2012. Terima Kasih Daun Keladi..tahun hadapan minta jasa tuan/puan lagi.





JAWATANKUASA WARIS HARI GRADUASI PRASEKOLAH SK PANCHOR

Tahniah diucapkan kepada AJK Waris Hari Graduasi Prasekolah SK Panchor 2012 kerana telah bersungguh-sungguh membantu warga prasekolah semasa raptai sehingga majlis ini berlangsung. Seramai 6 orang waris terlibat dalam menjayakan majlis graduasi ini. 3 orang dari kelas permata dan 3 orang lagi dari kelas sinar. Sumbangan masa dan tenaga diberikan tanpa rasa penat dan jemu. Waris-waris ini menerima sijil penghargaan sebagai tanda terima kasih dari pihak sekolah.


RAPTAI HARI GRADUASI PRASEKOLAH SK PANCHOR

SALAM 1 MALAYSIA....pada 30 Oktober 2012 ( Selasa ) berlangsung raptai untuk majlis hari graduasi prasekolah buat julung kali diadakan pada tahun ini. Hanya warga prasekolah dan sebahagian guru yang terlibat. Pn Noorziah ( GPK Koko) turut  hadir pada raptai ini memberi sokongan kepada warga prasekolah. Raptai berjalan dengan lancar.