Gotong Royong Waris 2012

Syabas kepada semua ahli waris dan warga prasekolah kerana dapat menjayakan aktiviti gotong royong  seperti yang telah dirancang. Kesungguhan dan kerjasama di kalangan kaum ibu dan bapa memeriahkan lagi aktiviti ini. Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti menebang pokok kelapa di hadapan prasekolah demi keselamatan murid prasekolah semasa bermain di taman permainan.

Sumbangan pokok herba dan pasu bunga daripada peserta ibubapa dapat membantu pihak prasekolah merialisasikan impian kami untuk menambah bilangan pokok di Taman Herba Air Terjun Prasekolah SK Panchor. Pokok herba ini terdiri daripada misai kucing, halia, serai dan banyak lagi.