PERTANDINGAN KAWAD KAKI SEKOLAH PERINGKAT DAERAH

Pada 28 Mac 2012 ( Rabu ), pertandingan kawad kaki telah diadakan di Sekolah Rendah Dato' Akhir Zaman, Rantau, Negeri Sembilan Darul Khusus. Sekolah SK Panchor telah memenangi tempat Naib Johan kategori Puteri ( Badan Beruniform Pandu Puteri Tunas ). Cikgu Nozie Edlyza sebagai pengurus pasukan amat gembira kerana pasukan telah berjaya mendapat tempat pada tahun ini. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh jurulatih, murid dan guru penasihat, akhirnya membuahkan hasil. Go Panchor Go.


Sambutan Hari Jadi Murid Prasekolah

Sambutan Hari Jadi Murid Prasekolah berlangsung dengan meriah. Pelbagai aneka kuih-muih dan makanan ringan dapat dinikmati. Ibubapa banyak membantu dalam memberikan sumbangan untuk menjayakan aktiviti ini. Pihak prasekolah juga menyediakan kek hari jadi dan hadiah hari jadi kepada semua murid prasekolah.