Pada 2 Ogos 2012 (Khamis), murid-murid prasekolah yang terpilih telah dibawa pergi membeli belah barangan keperluan untuk Hari Raya Aidilfitri. Mama Su menyertai rombongan tersebut menaiki bas bersama murid. Murid-murid seronok memilih baju kurung, baju melayu dan kasut mengikut kesukaan mereka.