Persembahan Hari Kanak-Kanak Murid Pra 2012

Salam 1 Malaysia..Pada 24 Oktober 2012 ( Rabu ) ..merupakan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sekolah Kebangsaan Panchor.  Pelbagai juadah disediakan kepada kanak-kanak seperti sate dan kuih-muih.
Alhamdullilah selesai sudah persembahan murid pra, semua berjalan lancar..murid-murid berpakaian ala-ala seekor anak itik. Hasil usaha cikgu dan mama pembantu pra..Tahniah semua murid,guru dan ppm.


Latihan Persembahan Murid Pra Untuk Hari Kanak-Kanak Dan Hari Graduasi Prasekolah

Salam 1 Malaysia... latihan persembahan murid dibuat selama seminggu. Lagu Persembahan Action Songs diajar oleh Mama Ros. Kemudian Cikgu Nozie dan Cikgu Siti membuat penambahbaikan dari segi gerakan murid supaya murid lebih aktif dan seronok semasa membuat persembahan. Muzik iringan juga dimasukkan pada persembahan ini. Murid-murid dapat menguasai setiap gerak langkah dengan cepat dan lancar..Tahniah !


JAMUAN AKHIR TAHUN DAN HARI JADI

Pada 15 Oktober 2012 ( Isnin ) telah diadakan jamuan akhir tahun dan hari jadi murid prasekolah. Seramai 31orang murid hadir pada jamuan ini. Pihak prasekolah menjamu murid ayam KFC dan kek. Sumbangan daripada ibubapa ialah makanan ringan, jeli, kek pisang dan keropok. Murid-murid seronok menjamu selera dengan pelbagai juadah disediakan.