Pada 29 September 2012 ( Sabtu ), lawatan prasekolah ke Zoo Melaka, Ayer Keroh. Murid prasekolah bersama peserta ibubapa menaiki bas. Murid tiba di perkarangan sekolah pada pukul 7.30 pagi dan bas bertolak pukul 8.00 pagi. Tiba di Zoo Melaka pukul 9.30 pagi. Tiket masuk dibayar secara berkumpulan di kaunter.
Aktiviti murid:
< Manaiki Keretapi melawat sekitar ZOO
< Melihat persembahan hidupan liar
Bertolak pulang pada pukul 12.00 tengahari dan tiba di sekolah pada pukul 1.30 petang.
LAWATAN PENANDA ARAS - PPD TAMPIN
Pada 27 September 2012 ( Khamis ), jam 12.00 tengahari Prasekolah SK Panchor menerima kehadiran guru-guru daripada Daerah Tampin. Seramai 40 orang guru menyertai lawatan ini. Ketibaan mereka disambut oleh waga prasekolah. Persembahan Power Point dan video mengenai prasekolah disampaikan oleh Cikgu Nozie Edlyza Hamdan selaku penyelaras prasekolah. Selesai taklimat, para pelawat dijemput untuk melihat keceriaan dalaman dan luaran prasekolah. Satu sudut Inovasi disediakan untuk mempamerkan bahan inovasi ' Magic Stairs' dan fail-fail pengurusan guru prasekolah juga terdapat di sudut tersebut. Sedikit jamuan disediakan kepada para pelawat.
SUKANEKA PRASEKOLAH
Pada 26 September 2012 ( Rabu- cuti peristiwa ), sukaneka prasekolah berlangsung di Padang SK Panchor pada pukul 9.30 pagi . Acara yang dipertandingkan adalah lari berhalangan dan aiskrim gergasi. Setiap murid prasekolah menerima kupon RM 3.00 secara percuma. Acara berjalan dengan lancar walaupun hujan renyai-renyai di sebelah pagi. Keadaan padang basah dan berlumpur. Murid-murid gembira menerima hadiah masing-masing. Setelah tamat pertandingan, murid prasekolah berpeluang membeli makanan di gerai-gerai yang disediakan.
MAJLIS PERASMIAN PRASEKOLAH CERIA ( BARU )
Pada 21 September 2012 ( Jumaat ) , Majlis Bacaan Yassin diadakan untuk merasmikan bangunan prasekolah perluasan 2012 ( Prasekolah Ceria ) sebelum digunakan sepenuhnya. Majlis bacaan yassin bermula jam 7.45 pagi dihadiri oleh Guru Besar Cemerlang, Guru Penolong Kanan Kurikulum, Ustaz Zaid, En. Norazid, Ustaz Rahmat, AJK waris- Pn. Khasnita dan Pn.Salwati, Pn.Nozie Edlyza, Pn. Suriani serta murid-murid kelas 5 Perdana. Majlis bacaan yassin bermula jam 7.45 pagi.
LATIHAN SUKANEKA PRASEKOLAH
Murid-murid prasekolah berlatih di koridor prasekolah untuk acara lari berhalangan dan aiskrim gergasi. Acara gergasi terdiri daripada 6 kumpulan dan acara lari berhalangan terdiri daripada 4 kumpulan. Semua murid prasekolah permata, sinar dan ceria terlibat dalam latihan ini. Latihan ini berjalan selama seminggu.
SAMBUTAN HARI RAYA DAN HARI JADI
Pada 8 September 2012 ( Sabtu-sekolah ganti ), aktiviti sambutan hari raya dan hari jadi diadakan untuk murid-murid prasekolah menyambut bersama-sama kawan. Turut hadir Guru Besar Cemerlang SK Panchor, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Penolong Kanan HEM serta guru agama prasekolah demi memeriahkan majlis. Murid-murid prasekolah menyanyikan lagu hari raya dan hari jadi. Ibubapa menyumbang pelbagai jenis aneka kuih raya dan makanan ringan.
Subscribe to:
Posts (Atom)