Sambutan Hari Kemerdekaan diadakan di tapak perhimpunan sekolah. Murid prasekolah menyanyikan lagu patriotik sambil mengibarkan bendera jalur gemilang. Mereka sangat gembira menyambut bersama-sama dengan kakak dan abang sk panchor.
AKTIVITI GRAFITY 1 MALAYSIA PANCHOR
Aktiviti Grafity 1 Malaysia bertemakan Makanan 1 Malaysia telah siap dilaksanakan oleh murid-murid prasekolah dengan bimbingan guru dan ppm. Murid-murid dibawa melihat sudut Makanan 1 Malaysia untuk memberi gambaran kepada mereka. Terdapat model makanan seperti roti canai, sate, nasi impit, mee sup dan nasi lemak di pamerkan di sudut ini.
Titian Kasih Prasekolah
Pada 2 Ogos 2012 (Khamis), murid-murid prasekolah yang terpilih telah dibawa pergi membeli belah barangan keperluan untuk Hari Raya Aidilfitri. Mama Su menyertai rombongan tersebut menaiki bas bersama murid. Murid-murid seronok memilih baju kurung, baju melayu dan kasut mengikut kesukaan mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)