Pada 19 Julai 2012 ( Khamis ), prasekolah menerima pelawat seramai 20 orang guru-guru Daerah Rembau. Ketibaan pelawat pada jam 10.00 pagi disambut oleh warga prasekolah. Taklimat disampaikan oleh penyelaras prasekolah ( Cikgu Nozie Edlyza ) dengan diikuti persembahan video mengenai pengurusan guru prasekolah.
Para guru melihat keceriaan dalaman dan luaran prasekolah panchor. Bahan inovasi ' Magic Stairs' menjadi perhatian. Cikgu Nozie Edlyza menerangkan cara-cara menggunakannya. Fail-fail juga turut di pamerkan.