Sambutan Hari Jadi Murid Prasekolah berlangsung dengan meriah. Pelbagai aneka kuih-muih dan makanan ringan dapat dinikmati. Ibubapa banyak membantu dalam memberikan sumbangan untuk menjayakan aktiviti ini. Pihak prasekolah juga menyediakan kek hari jadi dan hadiah hari jadi kepada semua murid prasekolah.

